Search This Blog

Popular Posts

Wednesday 21 September 2011

Tajuk, Matlamat & Objektif Permainan


TAJUK

“Ting Tong” Permainan Kategori Jaring/Dinding


MATLAMAT

Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah untuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan/ kawasan.

Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori jaring / dinding. Nama permainan ini ialah 'Ting Tong' iaitu gabungan antara permainan bola keranjang dan tenis. Penggabungan permainan bola keranjang adalah ketika pemain melantun bola, manakala untuk tenis pula adalah jaring yang dipasang pada tiang serendah jaring tenis. Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktikkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


OBJEKTIF

Permainan kanak-kanak di sekolah banyak bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Blog ini direka khas untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan berkaitan permainan kanak-kanak kepada umum. Permainan yang diubah suai ini amatlah sesuai diaplikasikan untuk kanak-kanak peringkat sekolah rendah.


No comments:

Post a Comment