Search This Blog

Popular Posts

Wednesday, 28 September 2011

Rumusan Permainan "Ting Tong"

      Berdasarkan tugasan Projek Pergerakan Asas PJM 3102, kami dapat memperlajari pelbagai kemahiran, pengalaman dan cara-cara untuk menghasilkan permainan baharu berdasarkan permainan sedia ada. Contohnya, untuk permainan yang telah kami cipta iaitu daripada permainan tenis, bola tampar dan bola keranjang. Cara bermain adalah dengan melantunkan bola berdasarkan permainan  bola keranjang. Manakala, jaring tenis rendah yang digunakan untuk permainan kami aplikasikan untuk permainan "Ting Tong". Maka terciptalah permainan baru yang direka oleh kami untuk kategori jaringan. 

      Melalui permainan ini, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor seperti melompat, berlari, berjalan, melantun bola, menyambut bola dan sebagainya dapat dipraktikkan. Ia merupakan kemahiran-kemahiran pergerakan asas yang telah kami pelajari untuk semester ini. Selain itu, penghasilan Blog bagi projek ini membolehkan kami menyampaikan maklumat mengenai permainan "Ting Tong" dan memaparkankan video yang telah kami siapkan agar dapat disebarkan dan dipertontonkan kepada umum.

      Selain itu, penciptaan blog ini juga, kami dapat meningkatkan lagi kemahiran yang telah dipelajari. Ia juga memberi kami kefahaman baru dalam menghasilkan blog yang kreatif dan inovatif untuk memaparkan blog kami agar bersesuaian dengan era globalisasi sekarang yang mementingkan penggunaan ICT.

      Seterusnya kami ingin mengucapkan ribuan  terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Lily Rozita binti Mohamad yang telah banyak membantu dan memberikan bimbingan kepada kami dalam menghasilkan blog ini. Selain itu, beliau juga banyak memberikan nasihat dan pandangan kepada kami bagi memperbaiki hasil kerja yang telah kami hasilkan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah banyak membantu kami dengan menyumbangkan tenaga mereka bagi menghasikan klip video permainan "Ting Tong". Tanpa bantuan dan kerjasama daripada rakan-rakan, video permainan "Ting Tong" tidak mungkin dapat dihasilkan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan yang telah memberikan kerjasama dan memberikan komitmen yang tinggi dalam menyiapkan projek pergerakan asas ini.

No comments:

Post a Comment