Search This Blog

Popular Posts

Friday, 7 October 2011

#2 "KARNIVAL INOVASI PEDAGOGI"

salam....

Karnival Inovasi Pedagogi. Hmmm...kenapa Kami  join karnival ni ? macam mana Kami boleh terlibat ? Siapa yang libatkan Kami ? haaaa...tanda tanya semua ni.. ^_^

Kami join karnival ni sebab benda alah ni......


blog yg dibina utk assignment PJM 3102


Ni lah asal usul kenapa kami boleh TERjoin Karnival Inovasi Pedagogi tu.. apa-apa pun kami nak ucapkan berjuta-juta (boleh macam tu) terima kasih kepada pensyarah PJ kami yang dah pilih kami untuk sertai karnival tu... k lah, tulis banyak-banyak pon tak larat tangan yang nak menaip, tak mampu lagi otak nak diperah, tak berdaya mulut nak membaca... hehe :)

Jadi layan je lah gambar-gambar yang dah kami tampal-tampal kat Blog ni okeh..


semasa KARNIVAL INOVASI PEDAGOGI :




perbentangan untuk projek yang dah kami hasilkan......



Booth kami.....a.k.a tempat lepak ^_^


















produk yang dipromosikan..heheee... (:
permainan kanak-kanak



selepas KARNIVAL INOVASI PEDAGOGI: 

sebelum tu nak cerita la jgk. ni la 1st time kami join karnival. sebelum-sebelum ni tak pernah pun. Selalunya jadi penonton ja. So, agak bangga jugak la bila dapat hadiah walaupun saguhati jeh. Kira ok la kan. 1st time kot ! kena pulak bersaing dengan senior senior yang hebat n berpuluh puluh juta kumpulan an.. Pengalaman la~~~`













p/s : terima kasih n tahniah kawan-kawan (kami cikgu BM)


Terima kasih sudi baca...

Wednesday, 28 September 2011

Video Permainan "Ting Tong"








Rumusan Permainan "Ting Tong"

      Berdasarkan tugasan Projek Pergerakan Asas PJM 3102, kami dapat memperlajari pelbagai kemahiran, pengalaman dan cara-cara untuk menghasilkan permainan baharu berdasarkan permainan sedia ada. Contohnya, untuk permainan yang telah kami cipta iaitu daripada permainan tenis, bola tampar dan bola keranjang. Cara bermain adalah dengan melantunkan bola berdasarkan permainan  bola keranjang. Manakala, jaring tenis rendah yang digunakan untuk permainan kami aplikasikan untuk permainan "Ting Tong". Maka terciptalah permainan baru yang direka oleh kami untuk kategori jaringan. 

      Melalui permainan ini, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor seperti melompat, berlari, berjalan, melantun bola, menyambut bola dan sebagainya dapat dipraktikkan. Ia merupakan kemahiran-kemahiran pergerakan asas yang telah kami pelajari untuk semester ini. Selain itu, penghasilan Blog bagi projek ini membolehkan kami menyampaikan maklumat mengenai permainan "Ting Tong" dan memaparkankan video yang telah kami siapkan agar dapat disebarkan dan dipertontonkan kepada umum.

      Selain itu, penciptaan blog ini juga, kami dapat meningkatkan lagi kemahiran yang telah dipelajari. Ia juga memberi kami kefahaman baru dalam menghasilkan blog yang kreatif dan inovatif untuk memaparkan blog kami agar bersesuaian dengan era globalisasi sekarang yang mementingkan penggunaan ICT.

      Seterusnya kami ingin mengucapkan ribuan  terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Lily Rozita binti Mohamad yang telah banyak membantu dan memberikan bimbingan kepada kami dalam menghasilkan blog ini. Selain itu, beliau juga banyak memberikan nasihat dan pandangan kepada kami bagi memperbaiki hasil kerja yang telah kami hasilkan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah banyak membantu kami dengan menyumbangkan tenaga mereka bagi menghasikan klip video permainan "Ting Tong". Tanpa bantuan dan kerjasama daripada rakan-rakan, video permainan "Ting Tong" tidak mungkin dapat dihasilkan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan yang telah memberikan kerjasama dan memberikan komitmen yang tinggi dalam menyiapkan projek pergerakan asas ini.

Wednesday, 21 September 2011

Peraturan & Syarat Permainan "Ting Tong"

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN


1. Bola yang dilantun tidak boleh menyentuh jaring, sekiranya terkena jaring maka mata tidak akan dikira.


2. Pemain hendaklah menggunakan kedua-dua tangan semasa melantun bola.


3. Jika bola terkeluar daripada gelanggang dikira ‘faul’


4. Pemain dilarang masuk ke kawasan 'larangan' yang telah ditetapkan. Kawasan tersebut  hanya digunakan untuk melantun bola ke kawasan pihak lawan.


5. Giliran memulakan permainan ditentukan dengan cara tradisional iaitu lambungan syiling.


6. Masa permainan selama 10 minit untuk satu permainan.


7.Pemain hendaklah menyebut "Ting Tong" apabila melantun bola ke gelanggang pihak lawan.





Panduan Pelaksanaan Permainan "Ting Tong"

SENARAI JENIS ALATAN








Gelanggang yang akan diubah suai






bola jenis yang lembut




jaring yang bersesuaian dengan gelanggang




skitel untuk menanda kawasan gelanggang




pita untuk membuat pembahagi kawasan permainan






Gelanggang Permainan




PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN "Ting Tong"

1. Permainan terdiri daripada lima (5) orang dalam satu pasukan.

2. Kawasan permainan antara pihak A dan pihak B dibahagikan dengan jaring.

3. Pemain bebas mengambil tempat dan bergerak dalam kawasan masing-masing.

4. Undian dibuat bagi menentukan pihak yang akan memulakan permainan dahulu.

5. Pemain melantun bola untuk membuat hantaran kepada ahli pasukan.

6. Pemain hendaklah menyebut perkataan "Ting Tong" ketika melantun bola ke arah jaringan 
    
    pihak lawan untuk mendapatkan mata.

7. Mata dikira apabila pihak lawan tidak dapat menangkap bola yang dihantar.

8. Permainan dimulakan semula secara bergilir-gilir antara pihak A dan Pihak B selepas 

    membuat jaringan.

Tajuk, Matlamat & Objektif Permainan


TAJUK

“Ting Tong” Permainan Kategori Jaring/Dinding


MATLAMAT

Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah untuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan/ kawasan.

Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori jaring / dinding. Nama permainan ini ialah 'Ting Tong' iaitu gabungan antara permainan bola keranjang dan tenis. Penggabungan permainan bola keranjang adalah ketika pemain melantun bola, manakala untuk tenis pula adalah jaring yang dipasang pada tiang serendah jaring tenis. Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktikkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


OBJEKTIF

Permainan kanak-kanak di sekolah banyak bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Blog ini direka khas untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan berkaitan permainan kanak-kanak kepada umum. Permainan yang diubah suai ini amatlah sesuai diaplikasikan untuk kanak-kanak peringkat sekolah rendah.


Pengenalan Permainan Kategori Jaring


Pengenalan

Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah unutuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/dinding dan kategori serangan/ kawasan.

Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori jaring / dinding. Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)